Make your own free website on Tripod.com
« July 2017 »
S M T W T F S
1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
WARISAN
Thursday, 24 February 2005


Panakiak Pisau Sirauit,
Ambiak galah batang lintabuang,
Salodang ambiak ke niru,
Nan satitik jadikan lauit,
Nan sakapa jadikan gunuang,
Alam takambang jadikan guru,
Usang usang diperbaharui,lapuk lapuk dikajangi,
Berjenjang naik, bertangga turun,
Yang cerdik tempat bertanya,yang pandai tempat berguru,
Alang tukang kayu terbuang,
Alang cerdik binasa Adat,
Alang alim rosak agama,
Alang sefaham kacau negeri.
Pesaka kepada lelaki,
Seka kepada perempuan.
Yang elok dipakai,yang buruk dibuang,
kalau singkat minta disambung,kalau panjang minta dikerat,
kalau koyak minta ditampal,
Ibu Adat muafakat.
Dari nenek turun kemamak,
dari mamak ke kemanakan,
patah tumbuh hilang berganti,
pusaka lama begitu jua,
Adat bersendi hukum,
hukum bersendi syara',
Syara' mengata adat menurut.
Bulat anakbuah menjadikan Buapak,
Bulat Buapak menjadikan Lembaga,
Bulat Lembaga menjadikan Penghulu (Undang),
Bulat penghulu (Undang) menjadikan Raja.
Raja menobat dalam alamnya (negeri),
Penghulu menobat dalam luaknya (daerah),
Lembaga menobat dalam lingkungannya (mukim),
Buapak menobat pada anak buahnya (kampung dan rakyat),
Orang banyak menobat dalam terataknya (rumahtangga).

Posted by Abang Bosa at 9:51 AM
Updated: Thursday, 24 February 2005 9:52 AM
WARISAN
Urang urang Minangkabau patuh pada ajaran Islam dan pada undang undang alam semula jadi dan warisan ibunda. Tidak ada kontradiksi antara adat matrilineal dan tekanan patrilineal Islam. Kedua duanya adalah falsafah hidup yang berasaskan alam semula jadi.


Allah membuka kan Rahasia Rahasia Nya melalui alam semula jadi kepada mereka yang terang hati nya. Warisan ibunda dan alam semula jadi membentuk tanah yang subur untuk Islam bertapak dan tumbuh segar di Sumatera Barat. Matriliny adalah sebahagian asas Islam, dan perlu dipertahankan penuh kasih seiring dengan mengasihi Islam.


Asas intipati adat Minagkabau ialah berguru pada alam semulajadi. Alam semulajadi merangkumi semua acara penghidupan. Undang undang adat mesti berpandukan alam semulajadi. Undang undang alam semulajadi yang terutama ialah pertumbuhan yang dipupuk matahari, hujan, ibunda, dan corak corak fisikal yang lain. Maknanya, ibunda semestinyalah dominan kerana beliau paling menghampiri anak anak dan mengolah sifat sifat keturunan.


Sepertimana yang lemah menjadi kuat dalam alam semulajadi, urang Minangkabau mempercayai masyarakat mereka hanya akan menjadi kuat dengan memastikan kaum wanita dan anak anak mereka dibekalkan ikatan sosial terhadap tanah keturunan demi keturunan. Oleh itu, sistem sosial yang bersendikan hak asasi wanita mempengaruhi kuat persepsi masyarakat dan budaya pewarisan harta. Kaitan rapat antara adat dan alam semulajadi ini amat ketara dalam estetika Minangkabau.Kaitan rapat ini juga ketara dalam pemikiran sosial Minangkabau.

Tradisi lisan yang kaya dengan simpulan peribahasa dan perbilangan membentuk 'adat' Minangkabau. Budaya Minangkabau menentukan jalan penghidupan. Adat yang memusat hidup menentukan gerak geri dan syarat syarat penghidupan. Dan alam semulajadi menentukan gerak hidup.

Posted by Abang Bosa at 9:47 AM
RANAH MINANG




Pergunungan Bukittinggi, Ranah Minang, di Sumatera Barat (SUMBAR), adalah daerah dari mana ramai Urang Minangkabau berhijrah ke Tanah Melayu, mengikuti jejak Raja Mahmud, Raja Melewar, dari Pagar Ruyung, yang meraja'i takhta Negeri Sembilan pada 1773. Urang Minang membawa kebudayaan ibunda mereka, yang telah merubah kehidupan Suku Melayu Asli, Proto Malay, Negeri Sembilan kepada sistem sosial budaya Minangkabau. termasuklah tata bahasa, adat, pakaian, budaya kerja dan bangunan rumah.

Posted by Abang Bosa at 9:45 AM
RANAH MINANG




Kawasan perdaerahan yang dipilih oleh mereka untuk menapakkan kampungan mereka di Negeri Sembilan adalah kawasan tanah yang mirip menyerupai seperti tanah kampung yang mereka tinggalkan di Sumatera. Ini adalah kawasan kawasan tanah dipersisiran bukit dengan anak sungai atau tenggair mengalir di pinggirnya. Suasana kampungan yang sungguh mengaman kan. Perkampungan Bukittinggi, Sumatera, yang diatas ini banyak mempunyai ciri ciri persamaan dalam persekitaran nya dengan kampung kampung di Negeri Sembilan, khusus nya di Rembau

Posted by Abang Bosa at 9:43 AM
RANAH MINANG




Mereka juga memastikan kawasan perkampungan yang dipilih menjadi tapak perkampungan mempunyai lurah lurah bukit yang berpaya untuk dijadikan tanah sawah yang lebar lebar, sebagai menyambung tradisi menanam padi yang mereka bawa dari Sumatera. Melayu Proto Malay atau Sakai Jakun di Semenanjung waktu penghijrahan urang Minangkabau ini hanya tahu menanam padi bukit. Kelebaran sawah bendang yang ditanam oleh pendatang Minangkabau ini merangkumi hingga kekaki kaki bukit sejauh mata memandang, hijau ketika baru mengubah, dan menguning ketika hampir menuai, menghidupkan suasana kedamaian yang hanya tinggal impian sekarang ini.

Posted by Abang Bosa at 9:41 AM
RANAH MINANG




"KAMPUANG NAN DJAUH DI-MATO,....."

It is strange that this song by Oslan Hussein should be popular di Kampung Senama. Mungkin yang jauh di mata yang di maksudkan ialah kampung asal di Pagar Ruyong dahulu....

In fact banyak lagu lagu keronchong yang diminati ketika itu adalah lagu lagu patriotik memuja kebesaran Republik Indonesia. Indonesia baru sahaja Merdeka ketika itu.

Dengarkan lah lagu nya...Takanang Ka Kampuang, Oslan Hussein

"AYAM DEN LAPEH"

Ayam dan Itik bukan lah subject matter yang perlu di serenade di kampung. Tahi nya yang merata rata memang menyusahkan yang berkaki ayam. Tetapi lagu ni menjadi popular serta merta, mungkin oleh sebab loghat nya sekali lagi mengingatkan Kampung Senama kepada Tanah Seberang.

Dengarkan lah lagu nya: Ayam Den Lapeh


Posted by Abang Bosa at 9:36 AM
Updated: Thursday, 17 March 2005 9:59 AM
RANAH MINANG




Mengerjakan sawah bendang adalah nadi kehidupan tradisi orang kampung yang dibawa turun temurun dari nenek moyang. Inilah semangat padi, semangat sawah bendang dari tanah perut ibunda. Dari subuh hingga dzuhur, tubuh tubuh berkeringat dalam panahan matahari tegak membongkok bongkok ditengah tengah padi menghijau.

Posted by Abang Bosa at 9:21 AM
RANAH MINANG




Bangsal bangsal usang menjadi tempat berteduh barang seketika dari terek matahari dan hujan dan meneguk air penghilang dahaga, dan di musim kerja banyak, untuk menjamah nasi upeh bekalan tengah hari kepada mereka yang rumah nya jauh dari bendang.

Posted by Abang Bosa at 9:19 AM
RANAH MINANG




Adat Perpatih Matriak Minangkabau menonjolkan wanita dalam budaya kehidupan termasuklah aktiviti kerja sawah bendang. Terlebih ramai nya kaum ibu dibendang berbanding lelaki, yang kebanyakkan nya dihutan mencari kayu atau di ladang memotong getah atau melepak diwarong kopi membaca surat khabar.

Posted by Abang Bosa at 9:16 AM
RANAH MINANG




Ini adalah pemandangan di bendang pada tahun 40an dahulu. Topi dari mengkuang, kepala dililit kain batik, baju dan sarung dari batik usang. Inilah pakaian seragam kesawah. Pakaian ini akan terdapat tersidai berselaput lumpur kering dimana mana tali ampaian kain di laman laman rumah.

Posted by Abang Bosa at 9:14 AM
RANAH MINANG




Kaum lelaki yang dibendang membajak dengan bantuan kerbau atau lembu. Kerbau adalah harta kemegahan sesuatu keluarga pesawah. Sejarah Minangkabau adalah sejarah kemenangan pintar kerbau lapar nya yang bersenjatakan pisau ditanduk menyondol susu dan mendarahkan kerbau besar dari Jawa.

Posted by Abang Bosa at 9:12 AM
RANAH MINANG




Dan kerbau menikmati taraf penghormatan tinggi dalam masyarakat kampung termasuk lah laluan bebas dijalan raya dan kebun orang. Kerbau mempunyai mandian sauna nya sendiri berkubang dimana mana ada lubuk. Ada pepatah pepatah yang bertemakan kerbau, seperti 'mandi kerbau' dan 'akibat seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit'.

Posted by Abang Bosa at 9:10 AM
RANAH MINANG




"Hi..Yooo...Silver...Away!!!"

Posted by Abang Bosa at 9:07 AM

Newer | Latest | Older